Thursday, September 30, 2010

Orang seni

Post kali ini penuh bermakna. 
Sempena hari-hari terakhir semester satu. 
Saya dedikasikan puisi ini buat sahabat-sahabat seMalinja. 


pentasmu sudah roboh, orang seni ~ picture by deadbear via deviantart


Orang Seni


Tamat. 
Musim ini, penuh dengan pementasan drama,
Orang-orang seni itu memang hebat,
Drama semusim memang berkesan,
Penonton terpukau dengan lakonan orang-orang seni yang hebat,
Lakonan mereka bisa menyentuh hati dan perasaan penonton,
"Kau bersalah! kau yang buat benda ni! Mampus kau!," kata orang seni,
Maka, tak berlengah lagi penonton meniru gaya orang seni,
Dicemuh yang tak bersalah dikeji yang difitnah,
Orang seni ketawa dalam diam,
Terbahak-bahak tak henti,
"Penonton tertipu dengan gayaku," monolog si orang seni,
Satu musim penonton tertipu dengan lakonan hebat orang seni.


Tapi kata sahabat, sepandai-pandai orang seni berlakon,
Akhirnya tirai pentas bersawang juga,
Tak cukup dengan sawang, lantai pentas roboh menjejak tanah,
Ya, tanah yang dahulunya tidak disentuh pun lantai pentas,
Orang seni jatuh terjelupuk, terluka dalam,
Lakonan orang seni hancur!
Penonton kini mula ketawa,
Ketawa mereka bukan ketawa kerana hebatnya lakonan orang seni,
Ketawa akan kebodohan orang seni,
Orang seni jatuh sejatuhnya,
Rakan pelakon yang lain mula mengangkat tangan, 
Kata mereka, berlakon merugikan, 
Sesal yang besar, mereka mahu pulang ke pangkal,
Itu kata rakan orang seni, 


Maka, ini kataku,
Jika orang seni ingin pulang ke pangkal, moga dipermudah,
Jika tidak, harapnya ketiadaan orang seni akan buat hidup penonton lebih mudah,
Kata sahabatku pada orang seni;
Jika hatimu masih mahu berlakon,
Maka angin tak bisa meluruskan kembali dahan yang bengkok,
Carilah selimut ibumu seperti kau ketakutan semasa kecil,
Pasti tak mungkin terlihat,
Moga Allah kurnia hidayah pada orang seni,
Kerna kita hanya hamba, tanpa apa-apa kuasa,



Kita hamba, tanpa apa-apa kuasa,
Kau, orang seni pun hamba, tiada apa-apa kuasa,
Maka sampai bila orang seni ingin berlagak berkuasa?
Moga terbuka mata hati orang seni,

Orang seni, ini kata rakanku lagi;
Wahai org seni,
Satu sahaja pesanan dariku hamba yang sayang dan disayangi ibunya:
"dunia sementara,kau pasti temui mati,dan diSANA selamanya"


4 comments: