Friday, August 13, 2010

Cerita Pendek : Husnuzhon.


"selemah-lemah ukhuwah itu bersangka baik" tiada sangka baik, maka tiadalah ukhuwwah. -gambar hiasan-

“Mak aih, sampai macam ni sekali?,” terpacul kata-kata itu di hati Ahmad. Sekadar di hati, tidak sampai didengari. Dia terkejut sebenarnya.

“Kenapa sampai macam ni sekali?”

“Pengaruh suasana atau pengaruh rakan atau diri sendiri yang mahu dipengaruh?”

Terus dia cepat-cepat berdoa, “Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati hambaMu, tunjukkanlah sahabatku ini jalan yang benar,”

Ahmad hanya mampu tersenyum di hadapan ‘kejutan-kejutan’ tersebut. Tetapi, hatinya jauh dari sebarang senyuman.

“Jom balik,”

*****

“Assalamualaikum, nanti jumpa lagi,” salam diucap, senyum dikirim. Di hadapan rumah itu, 
Ahmad tinggalkan sahabatnya yang disayangi. Benar-benar dia sayang. ‘Kejutan’ di kolej tadi, masih mengejutkannya.  

Ada hikmah di sebalik setiap yang terjadi. Ada hikmah hatinya tergerak untuk menjenguk rakan-rakannya di kolej. Ada hikmah pada segala-galanya. Sesungguhnya, Allah tidak menjadikan segala-galanya sia-sia.

Dia juga mahu sahabatnya fikir yang sama; hikmah disebalik segala-galanya. Hikmah mengapa dia tetap berada di kolej itu walaupun itu bukanlah yang dimahukan. Ya, segala-galanya ada hikmah, dan untuk menanganinya, juga haruslah dengan hikmah. 

“Husnuzhonku akan sentiasa aku kekalkan,”

Selemah-lemah ukhuwwah adalah bersangka baik.

No comments:

Post a Comment