Wednesday, March 31, 2010

Pesta Buku? Gedung buku? ah, apa-apa sahajalah.



Jejak saja kaki ni ke dalam PWTC, ya Allah, ramainya orang bukan main. Booth pertama yang terpampang, Pustaka Darul Salam, kalau tak silap la. Jalan sikit lagi, booth Galeri Ilmu. Memang mengujakan. Buku pertama yang menjadi serangan, 'Sinergi'. Itu tulisan saudara Hilal Asyraf. Serius, dah lama buku tu jadi sasaran. Hijau kulitnya. Segar. Seperti buku-buku terbitan Galeri Ilmu yang lain. Oh ya, hari tersebut hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa. Sinergi, dua naskah saya ambil. Satu, untuk semestinya dan satu lagi untuk seorang rakan. 


Ibu rambang mata agaknya. Semuanya menarik. Dalam keramaian orang yang berpusu-pusu, (bak kata Rahman, kena sondol) Puan Jalilah dari majalah Anis sibuk mempromosikan buku-buku Galeri Ilmu. Ada promosi buku-buku Ustaz Hasrizal yakni Murabbi Cinta, Rindu Bau Pohon Tin, dan Secangkir Teh Pengubat Letih. Murah-murah semuanya. Dipendekkan cerita, kami tinggalkan booth Galeri Ilmu dengan dua naskah Sinergi, Remaja Mulia, Rindu Bau Pohon Tin, Secangkir Teh Pengubat Letih, dan tak lupa, Kembara Hamba Mencari Cahaya. Kurang campur, RM 111.00 bagi booth pertama yang kami singgah. Ya, booth yang pertama.


Kemudian, bergerak ke ruang legar PWTC lalu terus sahaja ke tingkat atas melalui eskalator. Ayah telefon, "kami ada di PTS," terus kami berdua ke zon Seberang Sungai mencari-cari booth PTS yang khabarnya sangat gah dan popular. Bila masuk sahaja ke ruang jualan di Seberang Sungai, dah nampak satu belon besar berwarna merah. Tak lain tak bukan, belon PTS. Boleh kata ramai juga orang yang mengunjungi booth-booth PTS. Ayah sudah mengunggu di sana bersama Haziq. Dipendekkan cerita lagi, Jangan Biarkan Surau ini Roboh, Kala Cinta dan Wahyu Bersatu, dan Novel Sejarah Islam; Abu Bakar dibawa bersama ketika kami meninggalkan booth-booth PTS yang nampaknya, agak ceria.


Empat orang kami pun bergerak santai-santai (santai?) dari satu booth ke satu booth. Seperti kebanyakan pengunjung, kami agak terganggu dengan sekelompok petugas booth ini yang sentiasa cuba menarik pengunjung untuk singgah di booth mereka. Sememangnya satu usaha yang gigih. Tetapi maaf, kami tak selesa. 


Mata saya menangkap sesuatu; Aminserve Publication. Tak ada nama lain dah yang tertera; Faisal Tehrani. Saya nampak Bahlut, Kekasih Sam Po Bo, Nama Beta Sultan Alauddin, dan paling hangat, Ingin Jadi Nasrallah. Entah kenapa, Kekasih Sam Bo Po dan Nama Beta Sultan Alauddin yang diambil. Mana Bahlut? mana Ingin Jadi Nasrallah. Oh ya, sebab teringat akan komen Adilla yang mencadangkan kedua-dua buku tersebut. Lain kali sahaja ya, Bahlut.


Kemudian, kami ke seberang sana semula. Wah, lagi ramai! Ayah cari booth Telaga Biru. Booth ITNM menarik pandangan saya, tapi kesesakan dan keterujaan ibu untuk ke booth Telaga Biru agak menyukarkan untuk saya singgah sebentar di booth ITNM. Memang sesak. Denyut Kasih Medik tulisan Dr Farhan Hadi yang pernah dicadangkan oleh Ustaz Zahazan dalam Rancangan Tafsir Al Quran pada waktu Subuh menjadi sasaran ayah. Tanpa disangka, kelihatan Dr Farhan Hadi dan isterinya, tak lain tak bukan, Fatimah Syarha sedang sibuk sain autograf. Peluh kepenatan jelas kelihatan di muka Dr Farhan Hadi. Beberapa buah buku termasuk Denyut Kasih Medik jadi mangsa kami di booth Telaga Biru.


Lebih kurang pukul 2.30, ayah dah telefon. Haziq merengek nak balik dan mereka berdua tunggu di luar. Sebelum pulang, saya sempat menyambar album 'Bumi Akhir Usia - Mirwana' . Tengok kulit album pun dah tertarik. RM 27.00. Ah, apa salahnya, sekali-sekala. Itulah yang terakhir sebelum melangkah keluar. Kalau nak ikutkan, memang tak puas. PBAKL '11, insya-Allah saya akan datang. Terima kasih semuanya. 


p/s : akak, ibu ada kata, "ni dah habis duit banyak ni. Kalau ada Mira, lagi la banyak...haha"



4 comments:

  1. Wah, wah bukan main lagi. aaaaaaaaaaaaaaa jeles yang bersangatan. walaupun akak baru memborong buku di Internetional Book Fair here in cairo, tambah tolak tak kurang dari LE300 sudah dihabiskan..oops, laburkan tetapi rindunya susunan kata bahasa malaysia, afterall pekat darah Tun Perak dalam diri ni~ heheh.

    tak kira, tak kira, kena post kan buku jugaakkk!!

    ReplyDelete
  2. haha... yang abang tulis ni, bukan detail sangat... kalau tak, lagi jealous kot... haha...

    Tun Perak?... hmmm... apakah signifikannya Tun Perak? Ya, Melayu... bukankah ada Melayu yang lain?... (ada semacam berbaur provokatif? atau rasa ingin tahu?) haha... apa-apa sajalah...

    pos? hmmm... kejap... hmmm...

    ReplyDelete
  3. ceh..tak dapat memastikan kita keturunan melayu mana maka itulah jadinya. lagipun johor kan dekat2 dgn melaka. hahah..Tun Perak yang geliga dan islami~menumpang namanya (itu yang terlintas pagi tadi),Tun fatimah atau haaa, Sultan Alaudin yang spt Umar Al Khatab itu? Bisa saja mana2...yang penting islamnya. I'm muslim 1st b4 anything hehe (bc isu TPM tu pagi td)

    Apa kata cari tahu siapa mereka ini..serikandi Muslimah Melayu: Ku Malahayati, Cut Mutia, Merah Intan.

    Interview macam mana ustaz?

    ReplyDelete
  4. itulah, namanya lahir di daerah Segamat utaranya Johor... membesar sejak 1993 di Kepala Batas utaranya Malaysia... tapi, kagum yang amat dengan orang-orang Melaka. Haa... Sultan Alauddin itulah... Setinggi mana 'Melayu'nya pun, sia-sia tanpa Islamnya...

    Isu tu? hmm... kenapa tak ditimbulkan 'saya Muslim?'... hmm...

    Kalau Tun Nyemah Mulya yang gah dalam 1515 tu? Kalau benar-benar ada, contohilah. Kalau diwujud-wujudkan pun, jadikan pedoman juga. Akak tahu kebenaran 1515 tu? (ni satu soalan dari yang ingin tahu) Kot FT wujudkan ke, beliau buat research?

    Ustaz? 'Ustaz' tak terhad dalam bidang agama sahaja bukan?

    Alhamdulillah... ada rezeki, adalah tempatnya.

    ReplyDelete